Tuesday, 30 May 2023

Top 10 Produk Shaklee Yang Paling Hot



Hai uolls, kembali lagi, dengan kalini nad nak share lah dengan korang semua, produk- produk top yang ada dalam shaklee, yang menjadi permintaan ramai rakyat Malaysia.

Okey dibawah ni, nad share dengan korang yaa antara top 10 paling letoppps lah vitamin kegilaan ramai. 

List dibawah ni nad bagitau dibawah ni mengikut susunan top 10 best seller  tau, taraaaa ........

Jommm guysss cuci mataa satπŸ˜‰



1. Vivix ResV

ResVivix adalah minuman dan sofgel campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.⁣
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel-antipenuaan semulajadi.⁣
Antara kebaikan Polifenol yang terkandung dalam ResVivix adalah melindungi kuit dari kerosakan oleh sinaran UV, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan.

Menyokong peredaran darah yang sihat terutamanya untuk jantung dan kolestrol. 

Menyokong tahap gula dalam darah yang sihat serta meningkatkan kepekatan insulin.

Mengurangkan risiko kanser dan memelihara dan menyokong kesihatan sendi.
Campuran daripada tumbuhan semulajadi seperti anggur muscadine,  lobak ungu, buah kaduka, Japanese knotweed, hampas anggur dan anggur merah dan buah delima, 




2. ESP

Esp dihasilkan pada tahun 1961, masih terjual hingga kini. Maksudnya mempunyai reputasi yang baik dan tidak berbahaya. 

Esp paling mudah diserap dan diterima dalam badan kerana mendapat skor (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) iaitu 1.0

Glisemik indeks (GI) yang rendah iaitu 39 sahaja (gula dalam darah tidak meningkat mendadak- memberi kesan kenyang, bertenaga lebih lama) 

ESP diperbuat dari soya NON-GMO yang tidak diubah genetiknya yang mana selamat tidak seperti kebanyakan soya dipasaran yang berbahaya pada kesihatan. 

ESP tinggi dengan kalsium 5, vitamin B tidak mengandungi trans-fatty asid untuk kolestrol 

1 hidangan bersamaan 14 gram protein dan 500 mg kalsium. 



3. Vitamin C Plus 

Dihasilkan pada 1981 dengan teknologi "sustained release" yang pertama di dunia oleh Dr. Forrest C Shaklee.

Diperbuat dari bahan semulajadi yang selamat dengan menggunakan teknologi sustained release yang melepaskan 100mg vitamin C kedalam badan setiap satu jam. Badan kita hanya mampu menyerap 100 ke 200mg sahaja dalam satu masa. Jangan ambil jika tiada teknologi ini, kerana ia suatu pembaziran.

Diperkayakan dengan 120 mg Bioflavonoid sitrus untuk meningkatkan keberkesanannya. Nutrisi 1 tablet bersamaan 7.5 buah oren atau 6 cawan brokoli atau 119 biji lobak merah. 
1 tablet mengandungi 500mg vitamin C 


4. Omega Guard

Omega Guard membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu omega 3 tulen yang biasanya ditemui secara semulajadi dalam ikan kecil di habitat air lautan dalam air sejuk. 

Omega guard menyokong anda dengan mengurangkan keradangan dengan mengurangkan reaksi keradangan. 

EPA dan DHA meningkatkan fungsi sel darah putih untuk menghasilkan antibodi, menghalang jangkitan kuman dan virus untuk meningkatkan sistem imun anda serta memastikan kulit sentiasa lembap. 


5. Ostenutrix 

Tulang merupakan sistem sokongan tubuh badan kita. Oleh itu, adalah amat penting  untuk kita kekal memastikan ia kekal kuat dan sihat. Apabila umur kita semakin meningkat, kerapuhan tulang lebih banyak berlaku berbanding tulang yang dibina. Hakikat inilah yang menjadikannya penting untuk kita semua membekalkan tulang kita dengan nutrien pembina tulang yang berkualiti. 

Ostenutrix diformulasikan khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Tablet nya yang bersaiz kecil mudah ditelan. 

Setiap hidangan ostenutrix dapat mencukupkan keperluan kalsium harian (1000mg) dalam sehari. 
Kadar penyerapan kalsium yang efektif dalam masa 12 jam. Selamat diambil untuk semua peringat umur. 



6. Nutriferon

Diformulasikan untuk menjaga sistem pertahanan badan anda agar sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi secara semula jadi.  

Mengandungi campuran proprietari daripada empat ekstrak tumbuhan yang diperoleh daripada biji labu, bunga sunflower, biji plantago dan bunga japanese honeysuckle yang secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan kesihatan umum dan menguatkan badan. 

Menggalakkan sistem pertahanan semulajadi turut berfungsi untuk membunuh bakteria. Membantu melindungi tubuh anda daripada virus, microb, termasuk flu dan influenza.



7. Youth Skincare (Luminous Gel cleanser) 

Membersih dengan lembut 3 in 1 tidak mengandungi sabun, pH seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin ysng dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, mencuci dan  menyediakan kulit anda untuk langkah seterusnya.

Dimana bahan mengandungi 3 bahan utama iaitu buah anggur mahal muscadine grape extract kaya dengan polifenol dan memperbaiki sel DNA dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin. 
Estrak alga hijau memperhalus iaitu menghaluskan kulit daripada sel kulit mati secara lembut tanpa penggunaaan microbead yang boleh merosakkan sel kulit. 

Vital-repair complex dimana ia kaya dengan nutrien antioksida dan vitamin- Vitamin penting untuk menghalang radikal bebas dan menggalak tumbesaran kulit. 

8. Vitamin E Complex 

Satu kapsul vitamin E membekalkan 400IU vitamin E dari sumber semulajadi minyak kacang soya D-alfa-tokpferol yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap oleh badan. 

65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi  fungsi optimum dan meningkatkan keberkesanan 

39.4 mg ekstrak buah anggur mengandungi  proantosianidin sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus. 

Manfaar vitamin E adalah untuk 

Tinggi antioksidan melindungi sel daripada kerosakan oksidatif seperti pencemaran dan radikal bebas. 

Meningkatkan kesuburan. Galakkan pergerakan sperma yang normal dan tingkatkan kualiti sperma. 

Kesihatan kulit dengan melindungi kulit dari sinaran UV dan mengekalkan kelembapan kulit. 

Seterusnya dapat memberi kesihatan pada jantung dengan menghalang pembentukan plak pada saluran darah dan meningkatkan peredaran darah.



9. Collagen Plus Powder 

Keistimewaan kolagen shaklee adalah daripada sumber berkualiti tinggi. Pemilihan kolagen shaklee diestrak dari sisik ikan laut (ikan merah) kerana keupayaan nya untuk bertahan lama pada tekanan tinggi di bawah air, menjadikannya yang tahan lasak dan sumber kolagen yang berkualiti tinggi. 

Shaklee kolagen plus powder mengandungi berat molekul kolagen yang sangat rendah pada kira-kira 1000 Dalton yang mudah diserap oleh badan untuk meningkatkan penghasilan kolagen pada lapisan dermis dengan cekap. 

Bahan-bahan yang diperkaya dengan tambahan vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen serta melawan radikal bebas dan vitamin B2 serta vitamin B6 menyokong metabolisme tenaga yang penting untuk penghasilan kolagen dalam sel. 

Kolagen telah terbukti boleh membahagi diri sendiri melalui diet yang secukupnya. Isunya ramai diantara kita yang tidak menyediakan kolagen secukupnya, perlu diingat kolagen badan kita berkurangan setiap hari bermula usia 25 tahun. Itulah sebabnyaa anda perlukan supplement kolagen




10. B complex 

B complex Shaklee membekalkan kesemua 8 vitamin yang seimbang untuk menguatkan tubuh badan anda, melengkapkan jurang nutrisi. Ia juga membekalkan kuantiti asid folid dan biotin yang cukup untuk tubuh yang sihat. 
Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda. 

Vitamin B juga stabilkan mood, saraf sihat dan bagus untuk memori serta fokus, dan mengawal gula dalam darah seterusnya menghasilkan tenaga.




Hampaa nak tau dak, Shaklee merupakan syarikat vitamin yang mendapat award berdasarkan undian rakyat Malaysia terhadap vitamin (makanan tambahan) yang paling dipercayai.

Terima kasih hampaa kerana telah percaya πŸ’― terhadap Shaklee untuk kesihatan ampaa sekeluarga 😍 love youu ampaaa♥️


#bisnessonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnessdarirumah #bisnessmodalrendah #bisnessshaklee 


Berminat nak join sebagai Pengedar Shaklee atau Kursus bisnes Facial Spa BOTG?

Boleh je hubungi nad ditalian 011- 3913 8210

Pengedar dan pengamal dan pengedar produk shaklee sejak 2019

1 comment:

  1. Kita pun suka resvivix. Hi jemput melawat rumah blog kita ye nad.
    https://athirahamir1208blog.wordpress.com/2023/06/09/bila-benci-menjadi-cinta-dan-ketagih/

    ReplyDelete