Mengapa kita perlu supplement??
Hai uolls welcome to my blog😍
Alhamdulillah kalini nad nak share tentang kepentingan supplement pada kita semua. Nak-nak lagi dengan gaya kehidupan seharian kita pada masa kini, sememangnya memerlukan kepada supplement.
Why supplement??
Yeah seperti yang kita ketahui supplement adalah makanan tambahan kepada badan kita. Vitamin sihat gitchuuu...
Jangan cofuse tau korang, bila kata perlu makan supplement, maka kita tidak perlu makan real food lagi. No salah!
Buka bukan bukan...
Dah namanya punn makanan tambahan, maka ia semestilah makanan tambahan kepada real food yang kita makan setiap hari tuu...
Baik, mehh nad terangkan kenapalahh kita sangat-sangat perlu lah kepada supplement ni..
Haa jommm....
7 sebab utama kenapa badan kita memerlukan supplement
1. Gaya hidup
Gaya hidup masa kini yang menyumbang kepada terdedah kepada pelbagai penyakit. Hari-hari kita makan fast food junk food, macam KFC, McDonald's, Pizza Hut sebagai makanan harian, lagi-lagi yang sibuk bekerja taksempat masak, maka fast food tu dah macam alternatif utama yang menyenangkan dah buat kita. Tambahan lagi, pengambilan rokok konon nya dengan pengambilan rokok itu menunjukkan kematangan seseorang.
2. Berlebihan semasa makan (obesiti)
Negara kita Malaysia terkenal dengan kepelbagaian menu makanan yang mewah-mewah serta best! Jadi takmustahil jika dikatakan rakyat Malaysia boleh dikatakan makan dengan Kadar yang berlebihan. Sehinggakan kadar obesiti di Malaysia juga meningkat.
3. Penyerapan nutrisi dalam badan berkurang akibat daripada makan makanan tinggi MSG.
Majoriti nya makanan yang kita ambil setiap hari, boleh dikatakan telah termusnah kadar nutrisinyaa semasa proses penyediaan makanan tersebut yang tinggi MSG
4. Kehilangan nutrisi dari tanah
Buah-buahan serta sayur-sayuran jika kita perhatikan pada zaman sekarang ni kan.. kurang bahan galian jika hendak dibandingkan pada 20-30 tahun yang lalu.
(Epal yang ditanam sekarang, berlaku kekurangan nutrisi tau jika nak dibandingkan epal yang ditanam 20-30 tahun dulu)
Ditambah pula racun perosak yang digunakan bagi memberikan ketahanan yang lama pada buah dan sayur-sayuran yang ditanam.
Plusss korang tau dak, yang teknologi penghasilan makanan pada zaman sekarang yang menggunakan kaedah GMO FOOD iaitu makanan yang telah diubah suai genetiknya untuk mencukupkan bekalan kepada permintaan yang tinggi terhadap sayur-sayuran buah-buahan dan pemakanan yang lain dipasaran atau untuk memastikan sumber makanan tersebut tidak senang rosak. Contohnya seperti anggur yang tiada biji dan mangga yang cantik kulitnya.
5. Peningkatan usia menyebabkan penuaan.
Badan kita memerlukan kadar dos vitamin dan kadar penyerapan nutrisi yang tinggi daripada apa yang kita perolehi dari makanan seharian kita.
Contohnya seperti vitamin C dan vitamin E yang diperoleh dari makanan saja tidak cukup untuk memberi kesan pencegahan dan penuaan pada kulit kita.
6. Stress melampau, persekiraran yang kotor dan penyakit yang tinggi risiko
Tekanan kerja yang melampau boleh mengakibatkan berlakunya stress, seterusnya terdedah kepada pencemaran udara, dari asap kereta, asap rokok. Hal-hal ini boleh mengakibatkan berlaku kekurangan kadar nutrisi dalam badan dan boleh hal ini juga menyebabkan kita jatuh sakit dan lenguh-lenguh badan, sakit urat.
7. Kekurangan nutrisi akibat daripada pengambilan ubat yang berterusan, gula dan garam berlebihan.
Pengambilan ubat-ubatan, pil penahan sakit, antibiotik ,drug boleh menyebabkan menganggu zat pada makanan yang diambil.
Disamping itu, pengambilan kafein, kopi, gula dan garam yang berlebihan dalam amalan pemakanan seharian kita juga menyebabkan berlakunya kekurangan lagi pada simpanan zat makanan dalam badan kita.
Jadi, melalui entry di atas, adakah anda rasa supplement penting dalam amalan pemakanan seharian kita?
Ohh ya! Perkara paling penting bagi anda yang ingin mengambil supplement, wajib dan perlu untuk mengikuti piawaian di bawah:
📌 SELAMAT
📌 BERKESAN
📌 HALAL
Okeyy Uolls, sampai disini dahulu untuk entry nad kalini, di entry seterusnya nad akan akan cerita kenapa supplement yang anda makan tidak BERKESAN dan anda RASA RUGI pulak ambil sebab langsung TAK BERKESAN. stay tuned guyss😍
#bisnessonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnessdarirumah #bisnessmodalrendah #bisnessshaklee
No comments:
Post a Comment