Tuesday, 30 May 2023

Top 10 Penyakit Paling Popular di Malaysia


Top 10 Penyakit Paling Popular di Malaysia

Hai uolls, selamat berhujung minggu, dan selamat bercuti. Dah mula cuti sekolah semester pertama kan🤭
Okeyy uolls, kalini nad nak share entry berkenaan dengan Penyakit Paling Popular di Malaysia yang dihidapi oleh kebanyakan majoriti penduduk berbilang kaum, berbilang bangsa dan agama di Malaysia ni zaman sekarang ☺️

Seperti yang kita ketahui, punca berlakunyaa sesuatu penyakit adalah disebabkan oleh rutin pemakanan seharian kita. Selain tu juga, haaa amalan gaya hidup seseorang juga memainkan peranan penting tau.

Jomm kenali Top 10 Penyakit Paling Popular di Malaysia

Korang nak tau tak, yang 7 daripada 10 Penyakit yang dihidapi oleh rakyat Malaysia adalah berisiko tinggi dengan kadar kematian yang meningkat terdiri daripada penyakit tidak berjangkit iaitu ( non-communicable disease- NTB )

7 penyakit ini merangkumi 44% daripada kesemua kematian, atau 80% daripada penyakit yang berada dalam kategori 10 teratas.


1. Penyakit Jantung / Serangan Jantung

Penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di Malaysia dengan 18, 515 kematian, atau 17.0 peratus disebabkan oleh penyakit tersebut. 

Daripada laporan The Direct Healthcare cost of non- communicable Disease in Malaysia menyatakan bahawa beban kos untuk merawat penyakit jantung didapati meningkat dari tahun ke tahun. 

Masalah ini jelas berpunca daripada amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, seperti merokok dan vape. Pemakanan tidak sihat junk food, fast food, atau lebih kita kenali jajan yang pelbagai jenis boleh didapati di kedai serbaneka, kurang bersenam, stress dan pengambilan alkohol yang berlebihan. 

2. Kencing manis

Kencing manis boleh dikatakan antara penyakit mempunyai kadar yamg tertinggi dihidapi oleh rakyat di negara ini.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia terdapat kira-kira 3.6 juta rakyat di negara ini mempunyai masalah kencing manis. 

Nak tau takk, kencing manis ni boleh merosakkan keupayaan tubuh badan kita untuk memproses glukosa dalam darah atau kita lebih kenali sebagai gula dalam darah. 

Perkara ni terjadi sebab insulin semula jadi yang ada dalam badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik dan cukup atau insulin tersebut tidak dapat dihasilkan dengan berkesan Jika hal ini tidak dikawal dan diambil secara serius oleh kita sendiri, maka boleh menyebabkan pembentukan gula dalam darah. 

Pssstt... Korang tau tak punca utama kenapa kencing manis ni terjadi? 
Haa mehh nak bagitau, 
Yang pertama, mungkin disebabkan oleh faktor genetik, daripada keturunan sendiri yang sememangnya mampunyai kencing manis 
Seterusnya disebabkan oleh penjagaan diet pemakanan seharian kita. Yang adakalanya pada setiap hari mengambil kadar gula yang tinggi didalam minuman manis, air ber gas.. dan dalam amalan pemakanan kita, yang mungkin kita masak punn kita gemar akan gula yang berlebihan. 

Faktor ini menjadi punca kepada kencing manis boleh berlaku.


3. Penyakit darah tinggi

Penyakit darah tinggi atau dikenali sebagai hipertensi adalah suatu penyakit kronik sehingga seramai 37% rakyat Malaysia menghidapi penyakit darah tinggi ini. 
Secara amnya, seperti yang diketahui ramai, penyakit darah tinggi ini adalah dari faktor keturunan keluarga, stress dengan kerja, gaya hidup yang tidak sihat dengan kurangnya aktiviti bersenam, obesiti dan diabetes yang dikaitkan dengan penyakit ini. Penghidap tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak mempunyai sebarang simptom yang khusus. Namun tekanan darah tinggi ini akan mengakibatkan organ-organ dalaman seperti jantung, otak dan ginjal akan terdedah kepada tekanan tinggi yang kronik. 

Pendedahan kepada tekanan darah tinggi ini akan menyebabkan komplikasi saluran darah sempit di otak dan jantung seterusnya terjadinya angin ahmar iaitu stroke dan serangan jantung. Kegagalan buah pinggang juga boleh terjadi jika tekanan darah tinggi tidak dikawal. Hal ini boleh dielakkan daripada berlaku jika mengamalkan gaya hidup yang sihat dan tidak merokok. 




4. Obesiti 

Secara puratanya, anggaran obesiti di Malaysia adalah berada di tahap yang tinggi dan agak membimbangkan. Ini kerana rakyat Malaysia amnya gemae makan secara berlebihan dengan kadar yang kerap tidak mengira waktu dan masa. Dan tidak mustahil jika mengatakan ia adalah satu hobi buat rakyat Malaysia. Iyalah dengan pelbagai variasi makanan yang menarik, yang viral akan menarik minat seseorang untuk makan sehingga tidak terkawal. 

Jika dilihat, faktor utama penyumbang kepada obesiti adalah kerana
 
📌faktor keturunan
Sesetengah orang mempunyai faktor genetik yang menyebabkan mereka mudah mendapat kenaikan berat badan sehingga menjadi obesiti.

📌Faktor psikologi
Ramai orang akan makan dengan kadar yang banyak apabila menghadapi tekanan dan ketidakstabilan emosi 

📌Faktor umur 
Peningkatan umur kebiasaannya akan menyebabkan kadar metabolisme badan menurun. Oleh itu kenaikan badan akan menjadi ketara walaupun tidak makan dengan kadar yang banyak.

📌 Aktiviti fizikal 
Kurang bersenam dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang menyumbang kepada obesiti

📌Penyakit
 Walau jarang kita dengar ia berlaku, namun ia boleh menjadi penyebab kepada obesiti bagi pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroid, kemurungan atau penyakit dibahagian otak yang menyebabkan kita makan dengar banyak.

📌Ubat-ubatan 
Ubat seperti steroid noleh menyebabkan kepada obesiti


5. Gout

Gout disebabkan oleh asid urid yang berlebihan di dalam badan. Asid urid adalah bahan kumuhan yang berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin. Seperti yang sedia maklum, badan kita membuang bahan kumuhan melalui air kencing. Namun bagi pesakit gout, asid urid yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. 

Punca gout ini terjadi, pengambilan makanan yang banyak nukleus iaitu daging, ginjal, limpa, jantung. Kekacang dan makanan laut, seperti kerang udang sotong dan lain-lain lagi. 
Bagi pesakit gout, amalan pemakanan haruslah dititikberatkan agar tidak memudaratkan diri dan badan. 


6. Strok

Punca kepada terjadinya strok adalah kerana tekanan darah tinggi, merokok, kencing manis, darah tinggi dan obesiti. Ia saling berkaitan antara satu sama lain. 

Bagi pesakit strok, serangan berlaku apabila salah satu saluran utama di dalam otak tersumbat. Saluran darah yang membeku atau pecah, boleh menyebabkan saluran bekalan darah berhenti kepada sel-sel otak yang mengawal fungsi badan kita yang tertentu. Kebiasaannya serangan strok ini tidak membawa apa-apa rasa sakit kepada pesakit sebelum serangan berlaku, namun ia akan berlaku secara tiba-tiba dan pesakit akan pengsan dan berkemungkinan akan lumpuh pada sesetengah bahagian anggota badan.

7. Kanser

Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) pada tahun 2022 berkata, jumlah peningkatan pesakit kanser semakin meningkat tahun demi tahun, di mana puratanya adalah yang berumur 40 tahun ke atas.  
Namun sejak kebelakangan ini, kes pesakit kanser daripada mereka yang berumur awal 20 -30 tahun.

Korang pernah terfikir tak kenapa muda-muda lagi dah diserang kanser? 

Okeyy daripada kajian, mengatakan faktor utama adalah sifat gemar pada amalan, merokok, obesiti suka makan lebih dari kadar sepatutnyaa, pemakanan tidak sihat, pengambilan alkohol, dan arak. 

Selain itu, golongan muda masa kini yang lebih gemar menghabiskan masa dengan telefon bimbit, melayari media sosial berbanding melakukan aktiviti fizikal. Seterusnya diet pemakanan yang mengandungi makanan segera dan makanan diproses yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi, kanji atau gula yang berlebihan punca pertambahan berat badan seterusnya meningkatkan risiko kanser. 

Bukti saintifik menunjukkan bahawa beban glisemik (peningkatan glukosa darah dan insulin selepas makanan) adalah punca kanser endometrium. 

Iaitu makanan yang diproses (makanan segera) yang menjalani beberapa bentuk pemprosesan sebelum dimakan melalui pemprosesan industri dan ia mempunyai kandungan tenaga yang tinggi dan mikronutrien yang rendah. 

Oleh itu, kementerian Kesihatan Malaysia juga menyarankan kita semua untuk mengurangkan makanan yang diproses, makanan dari daging merah, daging diproses, yang mana kedua-dua sumber makanan ini mempunyai kandungan kimia bersifat karsinogenik. 
Makanan yang diawet pula mempunyai kandungan garam yang tinggi. 

Demikian, kita seharusnya mempunyai kesedaran yang tinggi dalam penjagaan kesihatan dalam aspek penjagaan makanan demi mengelakkan daripada merisikokan mendapat kanser. 

8. Asma

Penyakit asma sering dikaitkan dengan sedutan pelega, namun... Asma ini adalah penyakit yang tidak boleh diubati serta boleh menjejaskan bagi kanak-kanak dibawah linkungan 6 tahun. 

Asma adalah penyakit kronik saluran udara dalam sistem pernafasan disebabkan oleh beberapa faktor yang berkait seperti reaksi alahan atau elergik pada bulu. Pendedahan kepada asap rokok, senaman, jangkitan pernafasan dan pencemaran udara, habuk dan hama.

Tahap serangan boleh terbahagi kepada dua, iaitu yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal mengikut tahap rawatan dan pemantauan yang berbeza. 

Oleh itu, bagi pesakit asma mereka seharusnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk sentiasa menjaga persekitaran setempat dan mengelakkan daripada terdedah dengan tempat yang kotor. 


9. Pneumonia (jangkitan paru-paru)

Pneumonia adalah keradangan ruang udara di paru-paru yang paling biasa disebabkan jangkitan bakteria virus, kulat yang boleh menyebabkan terjadinya batuk, demam dan kesukaran bernafas. 

Ini terjadi apabila bahan-bahan asing seperti daripada mulut atau kandungan isi perut tersedut kedalam paru-paru semasa makan "reflix" atau apabila seseorang itu muntah. Bahan-bahan yang disedut buksn sahaja boleh menyebabkan radang paru-paru tetapi ia juga boleh mengandungi bakteria anaerobik (boleh membiak tanpa oksigen). 

Tanda-tanda seseorang dijangkiti pneumonia adalah kurang selera makan, berpeluh, sakit sendi dan otot, sakit kepala dan berpeluh. 


10. Batu karang

Batu karang atau renal stone membawa maksud terdapat batu di dalam buah pinggang atau salur kencing. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendapan mineral dalam air kencing. Kebiasaannya golongan lelaki terdedah kepada jangkitan ini yang berpunca daripada faktor genetik, kurang air dalam badan, pola makanan berlebihan, kurang aktiviti bersukan, pengaruh emosi, kerosakan salah satu bahagian otak dan persekitaran yang kotor.



Tuntasnya kesedaran terhadap penjagaan kesihatan haruslah dititikberatkan oleh setiap golongan tidak mengira tua atau muda dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan memakan makan yang berkhasiat dan bersih, sentiasa melakukan aktiviti senaman, amalan pemakanan tambahan (supplement) demi kesihatan tubuh badan yang cergas dan sihat. Bebas tanpa penyakit seterusnya dapat menikmati hari-hari tua yang aman dan tenang





#bisnessonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnessdarirumah #bisnessmodalrendah #bisnessshaklee 



Berminat nak join sebagai Pengedar Shaklee atau Kursus bisnes Facial Spa BOTG?

Boleh je hubungi nad ditalian 011- 3913 8210

Pengedar dan pengamal dan pengedar produk shaklee sejak 2019

No comments:

Post a Comment